Pertandingan Kuiz sains dan Matematik
- Details
- Category: Pertandingan
- Published on Saturday, 21 April 2012 00:26
- Written by Zaleha Abdullah, Dr
- Hits: 2369
Syarat-syarat umum penyertaan
- Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar menengah rendah di daerah Pasir Gudang.
- Setiap sekolah DIWAJIBKAN menghantar sekurang-kurangnya satu kumpulan bagi setiap kategori.
- Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada 3 orang pelajar dan seorang guru pengiring.
- Pertandingan Kuiz Sains dan Matematik separuh akhir dan akhir akan dijalankan di Fakulti Pendidikan pada Hari Inovasi Fakulti Pendidikan (24 – 25 Mei 2012)
Syarat-syarat pertandingan ( Kuiz Sains dan Matematik )
- Setiap sekolah boleh menghantar maksimum 5 kumpulan untuk pertandingan kuiz Matematik dan Sains.
- Pusingan kelayakan (jika melebihi 1 kumpulan) akan diadakan di pusat-pusat ditetapkan, seminggu lebih awal dari hari pertandingan separuh akhir dan akhir. Hanya 1 kumpulan yang terbaik daripada setiap sekolah akan mewakili sekolah tersebut dalam separuh akhir dan pertandingan akhir di UTM.
- Soalan-soalan kuiz terdiri daripada topik-topik dalam subjek matematik dan sains Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
- Pemenang akan dinilai berdasarkan pungutan mata tertinggi bagi setiap pusingan. Keputusan hakim adalah muktamat.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau 0137487275 (En. Mohd Ali Ibrahim)

