JOURNAL OF RESEARCH IN TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION (JRTVE)

Journal of Research in Technical and Vocational Education atau singkatannya (JRTVE) adalah sebuah jurnal berwasit yang memberi fokus kepada aspek penyelidikan dan inovasi. Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Latihan (PTVL) telah dijadikan sebagai salah satu komponen penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Dimana Kualiti Graduan PTVL menjadi agenda Lonjakan Keempat Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM). Dapatan daripada penyelidikan amat diperlukan untuk memperkasakan mutu Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Latihan di Malaysia.


Journal of Research In Technical And Vocational Education sangat mengalu-alukan penulis untuk menyumbang artikel mengenai aspek pedagogi, pentaksiran, kurikulum, penyelidikan dan pembangunan dan yang berkaitan bagi membolehkan proses memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional dan Latihan di Malaysia dapat dilaksanakan berdasarkan penyelidikan yang dijalankan. Artikel yang ingin diterbitkan dalam jurnal ini mestilah belum pernah diterbitkan di mana-mana penerbitan dan ditulis dengan lengkap dan padat. Penerbitan Jurnal ini dilakukan sebanyak 2 kali setahun iaitu Jun dan Disember setiap tahu. Semua urusan surat menyurat, langganan dan pertanyaan berkaitan hendaklah
dialamatkan kepada:

 

Ketua Editor

Journal of Research in Technical and Vocational Education
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai, Johor
Email: p-sukri@utm.my